Menghampiri 16 juta kes

JUMLAH kes positif Covid-19 seluruh dunia mencecah hampir 16 juta pagi ini, 26 Julai 2020 berbanding semalam 15.4 juta kes manakala kematian pula meningkat 643,348 berbanding 631,811 kes yang durekodkan pagi semalam.

Menurut data Johns Hopkins University, daripada 15,984,384 kes, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 4,176,716 berbanding 4,032,430 semalam sementara jumkah kematian pula meningkat kepada 146,420 berbanding 144,167.

Brazil pula merekodkan 2,394,513 dengan 86,449 kematian sementara India yang berada di kedudukan ketiga merekodkan 1,337,024 dan kematian di tangga keenam dengan catatan 31,358.

Data itu juga menunjukkan Rusia mencatatkan 805,332 dan Afrika Selatan 434,200 berbanding semalam masing-masing 793,720 dan 408,052 kes.

United Kingdom pula memasuki kumpulan 300,000 dengan catatan 300,270 manakala Mexico, Peru dan Chile masing-masing merekodkan 385,036, 375,961 dan 343,592.

Sepuluh buah negara mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu Iran 288,839, Pakistan 273,113, Sepanyol 272,421, Arab Saudi 264,973, Itali 245,864, Colombia 233,541, Turki 225,173, Bangladesh 221,178, Perancis 217,801 dan Jerman 206,278.

Empat negara yang merekodkan lebih 100,000 kes adalah Argentina 158,334, Kanada 115,470, Qatar 109,036 dan Iraq 107,573.

Sementara itu, bagi kematian pula, United Kingdom merekodkan 45,823, Mexico 42,645, Itali  35,102, India 31,358,  Perancis 30,195, Sepanyol 28,432, Peru 17,843,  Iran 15,484, Rusia 13,172, Belgium 9,817, Jerman 9,124 dan Chile 9,020

Related posts

Leave a Comment