2,201 kes baharu Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,201 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes meningkat kepada 264,973..

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) jumlah kematian juga meningkat kepada 2,703 setelah 31 lagi meninggal dunia..

Pada masa yang sama, 2,051 yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 dilaporkan pulih menjadikan 217,782 kes..

Sebanyak 44,488 adalah kes aktif dan 2,120 kritikal.

Riyadh mendahului dengan 118 kes diikuti. Al-Hufof 115, Mobarraz 107, Dammam 106, Khamis Mushayt 104, Makkah 103, Taif 71, Madinah 68, Hail 57, Jeddah 56

Sementara itu orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak.

Related posts

Leave a Comment