245,851 kes di Arab Saudi

  KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi merekodkan 37 lagi kematian akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah kes 2,407. Sebanyak 2,613 kes baharu juga dilaporkan hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 245,851 MOH juga melaporkan 3,539 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan menjadikan kes sembuh 191,161 atau 77.75 peratus daripada jumlah kes. Sementara itu daripada 2,613 kes baharu,sebanyak 235 kes direkodkan di Jeddah, 191 di Al Hufof, 185 Riyadh, 147 Al Mobarraz, 127 Dammam, 124 Taif, 90 Madinah dan Makkah 83 kes.

Read More

Indonesia catat 83,130 kes

SINGAPURA mencatatkan 327 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan sembilan kes merupakan jangkitan dalam komuniti, menjadikan angka keseluruhannya 47,453. Data ringkas Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan enam daripada sembilan kes jangkitan komuniti melibatkan warga Singapura atau pemastautin tetap manakala tiga lagi merupakan pemegang pas kerja. Tiga kes import membabitkan mereka yang dikenakan notis duduk di rumah sebaik tiba di Singapura dan sehingga semalam, 16 Julai, 101,300 notis dikeluarkan. Secara keseluruhan, 43,256 pulih dan 146 kes masih di hospital, kebanyakannya stabil atau bertambah baik, dan tiada yang dirawat di unit rawatan rapi.…

Read More

Kembali kepada dua digit

KEMBALI kepada dua digit. Hari ini, 17 Julai, kes positif Covid-19 merekodkan 18 kes baharu menjadikan jumlah kes positif di negara ini sebanyak 8,755 kes. Sepuluh adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tujuh warganegara dan tiga bukan warganegara yang masuk ke Malaysia atas urusan kerja. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 92 kes. Daripada lapan kes penularan dalam negara, enam kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah bukan warganegara. Beliau berkata,…

Read More

Jangan Berpecah Belah

  KHUTBAH Jumaat di Selangor hari ini mengajak umat Islam ‘supaya Jangan berpecah belah’ kerana ia akan membawa kehancuran serta mengheret umat ke lembah kemurkaan. Dalam hal ini, khatib mengajak umat Islam mengambil iktibar sejarah kejatuhan kerajaan Abbasiyah dan Empayar Othmaniah. Umat Islam digesa membuang perasaan tamak, sikap dengki dan dendam kesumat serta menguburkan sifat mementingkan diri sendiri. Semuanya itu adalah musuh kesatuan umat Islam, selain menjadikan kita lemah dalam segenap aspek kehidupan dunia termasuk kekuasaan, sosio ekonomi dan bernegara. Keharmonian akan musnah apabila sesama umat Islam dengki, khianat kepada…

Read More

AS, Brazil terus mendahului

AMERIKA Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului catatan kes dan kematian akibat wabak Covid-19 ketika dunia setakat pagi ini merekodkan 13,734,518 kes dan 588,149 kematian. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding angka pagi semalam 16 Julai iaitu 13,439,126 kes dengan kematian 581,103. Data Johns Hopkins University (JHU) setakat pukul 7 pagi ini, 17 Julai 2020 menunjukkan AS mendahului dengan 3,559,899 kes dan 138,185 kematian manakala Brazil 2,012,151 kes dan 76,688 kematian. India pula di kedudukan ketiga dengan catatan 968,876 kes diikuti Rusia 751,612 kes. Empat negara merekodkan 300,000 kes iaitu Peru 341,586, Afrika…

Read More

LIMA ‘21 dibatalkan

WABAK Covid-19 yang melanda dunia ketika ini menyebabkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’ 21) yang dijadual berlangsung 16 hingga 20 Mac tahun depan dibatalkan. Kementerian Pertahanan, dalam satu kenyataan berkata, wabak tersebut mempunyai impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, dan ia masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan selaku penganjur utama LIMA’21 juga sedar akan impak global Covid-19 yang bukan sahaja dari sudut kesihatan, malah kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia. “Sehubungan itu, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri…

Read More