245,851 kes di Arab Saudi

 

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi merekodkan 37 lagi kematian akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah kes 2,407.

Sebanyak 2,613 kes baharu juga dilaporkan hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 245,851

MOH juga melaporkan 3,539 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan menjadikan kes sembuh 191,161 atau 77.75 peratus daripada jumlah kes.

Sementara itu daripada 2,613 kes baharu,sebanyak 235 kes direkodkan di Jeddah, 191 di Al Hufof, 185 Riyadh, 147 Al Mobarraz, 127 Dammam, 124 Taif, 90 Madinah dan Makkah 83 kes.

Related posts

Leave a Comment