AMERIKA Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului catatan kes dan kematian akibat wabak Covid-19 ketika dunia setakat pagi ini merekodkan 13,734,518 kes dan 588,149 kematian.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding angka pagi semalam 16 Julai iaitu 13,439,126 kes dengan kematian 581,103.
Data Johns Hopkins University (JHU) setakat pukul 7 pagi ini, 17 Julai 2020 menunjukkan AS mendahului dengan 3,559,899 kes dan 138,185 kematian manakala Brazil 2,012,151 kes dan 76,688 kematian.
India pula di kedudukan ketiga dengan catatan 968,876 kes diikuti Rusia 751,612 kes.
Empat negara merekodkan 300,000 kes iaitu Peru 341,586, Afrika Selatan 324,221, Chile 323,698 dan Mexico 317,635.
United Kingdom (UK) masih berada dalam kumpulan 200,000 kes dengan angka mencecah 294,110 berbanding pagi semalam 293,469 kes dan kematian di tempat ketiga sebanyak 45,204.
Turut berada dalam kumpulan 200,000 adalah Iran 267,061, Sepanyol 258,855, Pakistan 257,914 , Itali 243,736, Arab Saudi 243,238, Turki 216,873, Perancis 211,102 dan Jerman 201,450.
Lima negara berada dalam kelompok 100,000 kes didahului Bangladesh 196,323, Colombia 165,169, Argentina 111,146, Kanada 111,143 dan Qatar 105,477.
Sementara itu angka kematian menyaksikan Mexico negara keempat mencatatkan kes tertinggi dengan 36,906, Itali 35,017, Perancis 30,141, Sepanyol 28,416, India 24,915, Iran 13,608, Peru 12,615 dan Rusia 11,920.
(Grafik sehingga 8 pag)