Kes di Indonesia 60,695

SINGAPURA melaporkan 169 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 11 kes dalam komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu sebanyak 44,479. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kes komuniti melibatkan tiga rakyat Singapura atau penduduk tetap dan lapan lagi pemegang pas pekerja. Sebagai tambahan, terdapat tiga kes import yang ditempatkan di bawah Notis Duduk-Rumah setibanya di Singapura manakala kes baharu selebihnya membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Setakat tengah hari semalam, 39,429 atau kira-kira 89 peratus daripada 44,310 pesakit telah sembuh manakala 201 kes masih berada di hospital dengan satu dirawat di unit rawatan…

Read More

Kes di Arab Saudi 201,801

ARAB Saudi sekali lagi merekodkan kes harian positif Covid-19 yang tinggi apabila mencatatkan 4,193 kes baharu pada Jumaat, 3 Julai 2020. Berikutan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini melepasi angka 200,000 apabila Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kes adalah 201,801. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian turut meningkat apabila 50 orang lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian setakat ini 1,802. Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 140,614 apabila 2,945 lagi dilaporkan pulih. Kes masih aktif adalah 59,385 di mana 2,291 kritikal. Sementara itu, berdasarkan pecahan mengikut bandar, 10 peratus…

Read More

Harga petrol turun

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.65 dan RM1.95 manakala diesel turun dua sen kepada RM1.84 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini (4 Julai) sehingga 10 Julai ini. Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan memaklumkan penurunan tersebut dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini. “ Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Read More

3 import, 2 tempatan

PUTRAJAYA: Lima kes baharu Covid-19 iaitu dua jangkitan tempatan dan tiga import dilaporkan hari ini menjadikan jumlah 8,648 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kesemua kes penularan tempatan dan import berkenaan melibatkan warganegara Malaysia dan tiada kes kalangan warga asing. Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra-rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 81 kes. Selain itu, sembilan kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang…

Read More

Cegah jenayah tidak kira status

JOHOR BAHRU : Polis tidak melihat status dan kedudukan mana-mana individu. Itu amaran Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam sindiket penyeludupan. Katanya, ada pihak cuba mengaitkan isu tangkapan (sindiket) ini dengan mengatakan bahawa polis menganiaya. “Tidak timbul isu itu kerana kita hanya jalankan siasatan dan menyiapkan kertas siasatan, setelah itu dipanjangkan kepada pejabat Peguam Negara dan mahkamah yang akan tentukan sama ada mereka bersalah atau pun tidak,” tambahnya. Beliau sebelum itu dalam sidang akhbar memberitahu, seorang Penolong Pengarah Imigresen wanita yang bertugas di…

Read More

Nasihat ! Bukan larang

BUKAN larang tetapi tidak digalakkan. Begitu penjelasan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengenai warga emas melebihi 60 tahun pergi ke tempar awam termasuk kompleks beli-belah. Katanya, kerajaan tidak pernah menghalang warga emas dan kanak-kanak keluar ke tempat awam termasuk majlis kenduri dan pusat beli-belah. Bagaimanapun, kerajaan tetap memberi nasihat untuk tidak menggalakkan kumpulan berisiko tinggi berkenaan ke lokasi terlibat agar kekal selamat dari dijangkiti Covid-19.. “Tidak pernah ada larangan untuk warga emas umur lebih 60 tahun pergi ke tempat awam termasuk kompleks beli-belah. Kalau begitu saya pun tak boleh…

Read More

Menteri NZ letak jawatan

WELLINGTON: Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark mengumumkan peletakan jawatan pada Khamis selepas dikecam teruk susulan tindakannya melanggar perintah berkurung. Beliau juga mengkritik penjawat awam ketika negara dilanda Covid-19. Clark dalam pengumumannya menyifatkan beliau telah memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya tetapi mengakui tindakan untuk terus memegang jawatan akan mengganggu usaha kerajaan terhadap tindak balas Covid-19. Sebelum itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata Clark boleh dipecat, namun perkara itu tidak dibuat ketika itu bagi mengelakkan gangguan terhadap usaha kerajaan melawan pandemik Covid-19. Setakat ini, buat sementara waktu, portfolio Kementerian Kesihatan disandang…

Read More

10 negara lebih 200,000 kes

SEPULUH buah negara merekodkan lebih 200,000 kes ketika Amerika Syarikat (AS) masih mendahului negara-negara lain dengan 2,735,554 kes dan 128,684 kematian. Data Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kes positif Covid-19 seluruh dunia setakat 9.30 pagi ini  menunjukkan 10,836,500 dan 520,634 kematian. Berbanding pukul 8.30 pagi semalam, 2 Julai 2020, kes positif yang dilaporkan di seluruh dunia adalah 10,662,993 manakala kematian pula 515,504. Ini menunjukkan peningkatan kedua-dua kes. Brazil turut merekodkan kes yang tinggi apabila menduduki tempat kedua dengan 1,496,858 kes serta kematian 61,884 manakala Rusia dan India pula merekodkan 660,231 dan…

Read More

Fasa kedua ujian 17 vaksin

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, ujian ke atas 17 vaksin Covid-19 kini memasuki fasa kedua manakala vaksin yang dibangunkan oleh Universiti Oxford pula telah masuk fasa ketiga. Menurut WHO, ia menyambut baik perkembangan ujian vaksin terhadap virus berbahaya itu, tetapi masih belum dapat dipastikan bila keputusan klinikal akan diumumkan. Menurut laman web Pusat Kawalan Penyakit (CDC), fasa kedua ialah ujian ke atas individu yang memiliki karakteristik sama dengan subjek sasaran. Fasa ketiga pula merangkumi ujian ke atas ribuan sampel untuk melihat tahap keberkesanan dan keselamatannya. Ketua saintis WHO, Dr…

Read More