Menteri NZ letak jawatan

WELLINGTON: Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark mengumumkan peletakan jawatan pada Khamis selepas dikecam teruk susulan tindakannya melanggar perintah berkurung.

Beliau juga mengkritik penjawat awam ketika negara dilanda Covid-19.

Clark dalam pengumumannya menyifatkan beliau telah memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya tetapi mengakui tindakan untuk terus memegang jawatan akan mengganggu usaha kerajaan terhadap tindak balas Covid-19.

Sebelum itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata Clark boleh dipecat, namun perkara itu tidak dibuat ketika itu bagi mengelakkan gangguan terhadap usaha kerajaan melawan pandemik Covid-19.

Setakat ini, buat sementara waktu, portfolio Kementerian Kesihatan disandang Menteri Pendidikan Chris Hipkins.

(Foto : Beberapa media melaporkan mengenai David Clark)

Related posts

Leave a Comment