Kes di Indonesia 60,695

SINGAPURA melaporkan 169 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 11 kes dalam komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu sebanyak 44,479.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kes komuniti melibatkan tiga rakyat Singapura atau penduduk tetap dan lapan lagi pemegang pas pekerja.

Sebagai tambahan, terdapat tiga kes import yang ditempatkan di bawah Notis Duduk-Rumah setibanya di Singapura manakala kes baharu selebihnya membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Setakat tengah hari semalam, 39,429 atau kira-kira 89 peratus daripada 44,310 pesakit telah sembuh manakala 201 kes masih berada di hospital dengan satu dirawat di unit rawatan rapi. Jumlah kematian pula 26 orang.

INDONESIA mencatatkan  60,695 kes positif Covid-19 iaitu pertambahan 1,301 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 Tengah hari ini, sebanyak 49 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,036 orang.

Sebanyak 13,609 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 969 kes, diikuti Jakarta (643 kes), Kalimantan Selatan (195) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

THAILAND pada Jumaat merekodkan satu kes baharu menjadikan jumlah kes 3,180. Kes ini melibatkan seorang wanita, 24 yang dikuarantin di Chon Buri selepas pulang dari Bahrain pada Ahad lalu

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Taweesilp Visanuyothin, berkata wanita itu mengalami sakit tekak dan cirit birit serta disahkan positif pada Rabu.

Setakat ini 827 warga Thailand pulang dari Bahrain sejak pandemik bermula dan tiga daripada mereka dijangkiti.

Sementara itu, 3,066 kes dilaporkan pulih termasuk tujuh yang dibenarkan keluar dari hospital. Sebanyak 56 pesakit masih dirawat. Jumlah kematian kekal 58.

Tiada kes penularan tempatan dilaporkan untuk hari yang ke-39.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini 3 Julai 2020 merekodkan 1,531 kes positif Covid-19 yang meliputi 688 kes terkini dan 843 kes lewat lapor.

Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan jumlah keseluruhan kes kini adalah sebanyak 40,336 manakala kematian pula 1,280 termasuk enam kematian baharu.

Sebanyak 400 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan kepada 11,073 kes.

Related posts

Leave a Comment