3 import, 2 tempatan

PUTRAJAYA: Lima kes baharu Covid-19 iaitu dua jangkitan tempatan dan tiga import dilaporkan hari ini menjadikan jumlah 8,648 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Kesemua kes penularan tempatan dan import berkenaan melibatkan warganegara Malaysia dan tiada kes kalangan warga asing.

Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra-rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 81 kes.

Selain itu, sembilan kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,446 kes.

Dalam pada itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan  dan jumlah kumulatif kematian kekal 121 kes.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

 

 

 

 

Related posts

Leave a Comment