Kes di Arab Saudi 201,801

ARAB Saudi sekali lagi merekodkan kes harian positif Covid-19 yang tinggi apabila mencatatkan 4,193 kes baharu pada Jumaat, 3 Julai 2020.

Berikutan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini melepasi angka 200,000 apabila Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kes adalah 201,801.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian turut meningkat apabila 50 orang lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian setakat ini 1,802.

Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 140,614 apabila 2,945 lagi dilaporkan pulih. Kes masih aktif adalah 59,385 di mana 2,291 kritikal.

Sementara itu, berdasarkan pecahan mengikut bandar, 10 peratus kes adalah di Dammam yang mencatatkan 431 kes diikuti Hufof 399, Riyadh 383 dan Taif 306.

Al Mubarraz pula merekodkan 279, Makkah 210, Al Qatif 168, Al Khobar 136 dan Madinah 92.

Related posts

Leave a Comment