Makkah catat 408 kes

KES Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 178,504 dengan penambahan 3,927 kes baharu yang dilaporkan pada Sabtu, 27 Jun 2020. Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan 37 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,511 maut. Pada masa yang sama, sebanyak 1,657 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan pulih 122,128 atau 68 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan . Sebanyak 54,865 kes masih aktif dan 2,283 kes kritikal. Sementara itu, penurunan kes berlaku di Riyadh yang sebelum ini sering mendahukui jumlah  kes. Daripada  kes baharu yang dilaporkan, 535 kes berlaku di Hufof, diikuti…

Read More

Tiada kes baharu di Thailand

INDONESIA merekodkan 1,385 kes baharu positif Covid-19 bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 27 Jun 2020 menjadikan jumlah keseluruhan 52,812 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata, sebanyak 37 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,720 orang, manakala 13,522 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 813 kes diikuti provinsi Jakarta (624 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. Jawa Timur juga mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 11,178 kes, diikuti…

Read More

Anwar terlepas peluang lagi?

GILIRAN Shafie Apdal pula. Adakah ini bermakna Presiden PKR, Anwar Ibrahim terlepas lagi peluang menjadi Perdana Menteri (PM)? Cadangan nama Shafie itu diumumkan Dr Mahathir Mohamad yang gagal mendapat sokongan PKR untuk menjadi PM buat kali ketiga. Dr. Mahathir mendedahkan nama Presiden Parti Warisan Sabah itu dipersetujui dalam satu perbincangan tidak formal pada 25 Jun lepas di Rumah Tamu Sabah, Kuala Lumpur, antara Shafie, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Selain itu, mereka turut bersetuju menamakan Anwar sebagai…

Read More

Tempatan 6 import 4

SEPULUH kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, 27 Jun 2020, melibatkan empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan enam kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara itu  melibatkan seorang warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. “Daripada enam kes penularan di dalam negara, empat kes adalah dalam kalangan warganegara dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. Empat kes…

Read More

PAP lancar manifesto PRU

PARTI Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini, 27 Jun melancarkan manifesto pilihan raya parti dengan slogan ‘Kehidupan Kita, Pekerjaan Kita, Masa Depan Kita’, Lee berkata, dalam pilihan raya biasa, manifesto parti itu akan tertumpu kepada rancangan jangka panjang untuk Singapura tetapi kali ini ‘tumpuan utama manifesto itu adalah bagaimana kita dapat bekerjasama untuk mengatasi krisis ini’, Katanya, memastikan bendera Singapura terus berkibar dan mengharungi krisis paling teruk yang pernah dihadapi dunia sejak berdekad, adalah keutamaan paling mendesak dan mencabar bagi pemerintah PAP. Ia akan merangkumi…

Read More

9.7 juta kes 492,000 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini menncecah 9.7 juta setakat pukul 7  pagi Sabtu, 27 Jun  manakala kematian lebih 492,000. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.45 juta kes dan 124,891 kematian. Brazil menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.22 juta kes dengan 54,971 kematian diikuti Rusia 619,936 kes dan 8,770 kematian. Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 490,401 kes dan United Kingdom (UK) dengan 310,836 kes. Enam lagi negara mencatat…

Read More

Kes di Riyadh menurun

ARAB Saudi mengesahkan 3,938 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 174,577. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 46 kematian lagi disahkan menjadikan jumlah korban meningkat kepada 1,474. Sebanyak 2,589 kes pula dilaporkan pulih menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 120,471 sementara kes aktif pula 52,632 dan kes kritikal 2273. Daripada jumlah kes baharu itu, 346 dilaporkan di Dammam, diikuti Hufof 332, Al-Mobarraz 294, Khamis Mushait 274, Jeddah 243. Al Qattif, Riyadh 217, Al Khobar 205, Makkah 184, Taif 157 dan Madinah 148.

Read More