400 domain berkait Piala Dunia dirampas

WASHINGTON – Hampir 400 domain internet yang digunakan untuk menstrim siaran Piala Dunia secara haram dirampas dalam usaha mengekang rangkaian antarabangsa yang meraih keuntungan daripada kejohanan itu.

Menurut Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tindakan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk badan induk bola sepak dunia FIFA, serta syarikat penyiaran seperti NBC Universal dan Warner Bros.

Domain berkenaan digunakan untuk menawarkan kandungan dilindungi hak cipta, termasuk siaran langsung perlawanan Piala Dunia secara masa nyata tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa aktiviti ini bukan sahaja melanggar undang-undang hak cipta, malah mendedahkan pengguna kepada risiko keselamatan siber.

Menurut pegawai Homeland Security Investigations, Eric Weindorf, penstriman

haram ini juga boleh mendedahkan penonton kepada ancaman seperti perisian hasad dan sambungan tidak selamat yang berisiko menjejaskan data peribadi dan kewangan.

Operasi itu menyasarkan pelayan dan domain yang dikaitkan dengan penstriman tidak sah di beberapa negara termasuk Peru dan Bulgaria.

Gangguan tambahan turut dilaporkan berlaku di Croatia, Romania, Poland dan Colombia.

Langkah ini dilihat sebagai usaha bersepadu untuk membanteras sindiket penstriman haram yang beroperasi merentasi sempadan.

Piala Dunia yang sedang berlangsung di AS, Kanada dan Mexico sejak 11 Jun dilaporkan mencatat kehadiran penonton dan jumlah tontonan televisyen yang tinggi.

FIFA pula melaporkan, kehadiran penonton ke stadium mencipta rekod baharu, manakala data Nielsen menunjukkan beberapa perlawanan minggu lalu menjadi antara program televisyen paling banyak ditonton.

Related posts

Leave a Comment