Makkah catat 408 kes

KES Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 178,504 dengan penambahan 3,927 kes baharu yang dilaporkan pada Sabtu, 27 Jun 2020.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan 37 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,511 maut.

Pada masa yang sama, sebanyak 1,657 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan pulih 122,128 atau 68 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan .

Sebanyak 54,865 kes masih aktif dan 2,283 kes kritikal.

Sementara itu, penurunan kes berlaku di Riyadh yang sebelum ini sering mendahukui jumlah  kes. Daripada  kes baharu yang dilaporkan, 535 kes berlaku di Hufof, diikuti Makkah 408, Dammam 399, Abha 234, Khamis Mushait 209, Taif 203, Riyadh 181 dan Jeddah 171.

Related posts

Leave a Comment