Tiada kes baharu di Thailand

INDONESIA merekodkan 1,385 kes baharu positif Covid-19 bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 27 Jun 2020 menjadikan jumlah keseluruhan 52,812 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata, sebanyak 37 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,720 orang, manakala 13,522 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 813 kes diikuti provinsi Jakarta (624 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Jawa Timur juga mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 11,178 kes, diikuti Jakarta (10,994 kes), Sulawesi Selatan (4,615) dan selebihnya di wilayah lain.

SINGAPURA mengesahkan 291 kes baharu jangkitan Covid-19, dengan 11 kes melibatkan jangkitan dalam komuniti. Daripada 11 kes itu, lima adalah rakyat tempatan, manakala enam merupakan pemegang pas kerja.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan berjumlah 43,246 kes, dengan 26 orang telah meninggal dunia

Sehingga tengah hari semalam, 26 Jun 2020, sebanyak 36,825 pesakit, atau 86 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit telah sembuh sepenuhnya manakala

183 kes sedang menerima rawatan di hospital sehingga Jumaat, dengan satu kes kritikal kini ditempatkan di unit rawatan rapi.

FILIPINA sehingga pukul  4 petang, 27 Jun 2020, merekodkan 738 kes positif Covid-19 iaitu 560 kes terbaru dan 178 kes lewat lapor menjadikan jumlah keseluruhan 34,803 kes.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga mengumumkan 12 kematian menjadikan 1,236 kes sementara 249 lagi kes sembuh yang membawa jumlah keseluruhan pemulihan sebanyak 9,430.

THAILAND bebas daripada sebarang jangkitan baharu Covid-19 dan juga kematian menjadikan jumlah kes kekal 3,162 dengan 58 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) tiada sebarang jangkitan penularan tempatan dan warganegara yang dikuarantin.

Sebanyak 13 kes pulih sepenuhnya menjadikan 3,053 sembuh sementara kematian kekal 58 dan 51 orang lagi sedang menjalani rawatan.

Related posts

Leave a Comment