9.7 juta kes 492,000 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini menncecah 9.7 juta setakat pukul 7  pagi Sabtu, 27 Jun  manakala kematian lebih 492,000.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.45 juta kes dan 124,891 kematian.

Brazil menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.22 juta kes dengan 54,971 kematian diikuti Rusia 619,936 kes dan 8,770 kematian.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 490,401 kes dan United Kingdom (UK) dengan 310,836 kes.

Enam lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru 272,364, Chile 263,360, Sepanyol 247,905, Itali 239,961, Iran 217,724 dan Mexico 202,951.

Lapan negara melepasi 100,000 kes iaitu Perancis 197,885, Pakistan 195,745, Turki 194,511, Jerman 194,036, Arab Saudi 174,577, Bangladesh 130,474, Afrika Selatan 118,375 dan Kanada 104,472.

Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga dengan 43,498 kematian diikuti Itali 34,708, Perancis 29,755, Sepanyol 28,338, Mexico 25,060, India 15,301 dan Iran 10,239.

Related posts

Leave a Comment