Tempek @ lempeng pisang

AWAK ada pisang lebih? Awak ada pisang awak? Pisang dan awak, dua perkataan berbeza tetapi pisang awak adalah sejenis pisang. Pisang awak boleh buat cucoq @ kuih. Salah satunya, tempek pisang. Ada yang panggil lempeng pisang, bukan lempang. Dalam bahasa Inggeris ada yang cakap¬† ‘banana pancake’ . Satu lagi kuih orang dulu-dulu untuk menyorok.

Memang kreatif orang kita untuk mempelbagaikan kegunaan pisang yang berlebihan. Bila dah ranum, lebih baik buat cucoq (kuih). Macam-macam cucoq boleh buat bukan sekadar cucoq kodok tetapi pisang yang ranum dan berlebihan itu dibuat tempek @ lempeng. Cukup mudah membuatnya. Adunan pisang dan tepung yang dilenyek. Boleh juga masuk kelapa parut.

Biasanya, adunan ini ditempek atas daun pisang yang dilayur, kemudian dibakar hingga masak.Satu keluarga dengan lempeng ini adalah pek nga yang menggunakan kelapa (lihat MENYOROK  sebelum ini).

Related posts

Leave a Comment