Kolam, pawagam dibuka 1 Julai

PUTRAJAYA: Riadah di kolam renang, aktiviti di pawagam dan mesyuarat akan dibenarkan bermula 1 Julai ini tertakluk kepada pematuhan prasyarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu tertakluk kepada pematuhan prasyarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Aktiviti riadah kolam renang dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar serta kolam renang persendirian di mana prasyarat setiap lokasi mestilah menyediakan life guard dan pemantau atau penyelia bagi memastikan keselamatan serta bilangan pengguna selain masa penggunaan terkawal. “Bagi aktiviti…

Read More

Johor benarkan satu pertiga

d (SOP) Majlis Keselamatan Negara,” katanya. Sepanjang PKPP,  beliau berkata pelaksanaan aktiviti kuliah subuh dan maghrib dengan syarat tidak melebihi 30 minit serta bacaan Yasin tahlil dan surah Al-Kahfi pada setiap malam serta subuh Jumaat juga dibenarkan. Bagaimanapun, semua perhimpunan untuk tujuan aktiviti agama seperti ceramah perdana dan seumpamanya di seluruh premis masjid dan surau, masih tidak dibenarkan.  Mengenai ibadah korban, pihaknya menggalakkan agar penyembelihan dibuat di 31 pusat penyembelihan yang diberi lesen kekal dan sementara manakala urusan pengagihan daging korban dibuat di masjid dan surau.  Bagi ahli jawatankuasa masjid dan…

Read More

13 tempatan, 2 import

PUTRAJAYA : Sebanyak 15 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 8,587 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada kes baharu yang dilaporkan, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan terdiri daripada warganegara Malaysia, manakala 13 kes penularan dalam negara adalah dalam kalangan bukan warganegara. Pada 9 Jun lepas, buat pertama kali tiada kes penularan Covid-19 dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia. Setakat ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 289 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Dr…

Read More

Tempek @ lempeng pisang

AWAK ada pisang lebih? Awak ada pisang awak? Pisang dan awak, dua perkataan berbeza tetapi pisang awak adalah sejenis pisang. Pisang awak boleh buat cucoq @ kuih. Salah satunya, tempek pisang. Ada yang panggil lempeng pisang, bukan lempang. Dalam bahasa Inggeris ada yang cakap  ‘banana pancake’ . Satu lagi kuih orang dulu-dulu untuk menyorok. Memang kreatif orang kita untuk mempelbagaikan kegunaan pisang yang berlebihan. Bila dah ranum, lebih baik buat cucoq (kuih). Macam-macam cucoq boleh buat bukan sekadar cucoq kodok tetapi pisang yang ranum dan berlebihan itu dibuat tempek @…

Read More

8.9 juta kes, 466,527 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 8.9 juta kes, meningkat kira-kira 120,000 dalam tempoh 24 jam dengan 466,527 kematian, peningkatan kira-kira 6,000 kes dalam masa 24 jam. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dan kematian dengan jumlah kumulatif 2.27 juta kes dan 119,949 kematian. Brazil menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1 juta kes dengan 1,083,341 kes dan 50,591 kematian. Rusia walaupun merekodkan jangkitan kes di tempat ketiga dengan 583,879 tetapi mencatatkan kematian kira-kira 8,000, tidak berada dalam kelompok 10 negara…

Read More

Saudi catat 3,379 kes baharu

KES positif harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit penurunan hari ini, berbanding hari-hari sebelumnya dengan catatan 3,379 berbanding semalam 3,941. Kementerian Kesihatan mengumumkan dalam tempoh 24 jam, jumlah keseluruhan kes adalah 157,612. Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian juga meningkat kepada 1,267 dengan tambahan 37 kes manakala kes sembuh juga menunjukkan peningkatan kepada 101,130 termasuk 2,213 kes yang dikaporkan pulih. Sementara itu, Riyadh merekodkan 668 kes diikuti Jeddah 342, Makkah 340, Dammam 225,  Al Qattif 216, Taif 179 dan Madinah 165 .

Read More