Nasi ulam

MENYOROK apa pagi ni? Kebetulan merentas negeri ke Seberang Perai, hari ini sempat menyorok nasi ulam. Bukan nasi kerabu. Orang utara tahulah nasi ulam ni. Terjumpa nasi ni di salah satu gerai di Pasar Awam Jalan Todak, Seberang Jaya.

Gerai Sharifah ini juga menjual nasi daun lemuni yang hanya mengguna daun lemuni.

Dulu di kampung, setiap kali bulan puasa mesti ada menu nasi ulam waktu berbuka. Rajin orang yang membuatnya kerana sanggup mencari ulam-ulaman untuk diadunkan. Biasanya ulam ni ada di sekeliling rumah atau jenguklah di sekitar rumah jiran.

Ulam yang digunakan biasanya seperti ulam atau daun pegaga, pucuk gajus, mengkudu,  kaduk, cemumar, kesum, kantan dan macam-macam lagi mengikut selera.

Ulam dan daun yang dipotong halus ini digaul dengan serai, bawang merah atau bawang besar, cili hidup, lada hitam serta ikan kering, biasanya talang yang telah digoreng atau dibakar. Memang terasa ulam dalam nasi ni. Ada juga yang akan menyediakan sayur keladi sebagai pembuka selera bersama nasi kerabu ini..

Related posts

Leave a Comment