Jangan berlebihan

JANGAN berlebihan meraikannya. Itu ingatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam apabila fasa kedua langkah pemutus litar bermula.

Katanya, ketika semua orang tidak sabar menanti hari pemutus litar fasa kedua, mereka harus berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka dan jarak selamat.

Beliau berkata setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing supaya keselamatan diri dan masyarakat sekeliling terjamin.

Beliau gembira kerana kebanyakan orang berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan semasa Fasa pertama.

“Apabila Singapura terbuka semula, sila berhati-hati dan teruskan apa yang kita belajar dekat dengan hati,” katanya dalam catatan Facebook semalam.

Related posts

Leave a Comment