21 kes baharu

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 merekodkan dua angka selepas 21 kes Covid-19 dikesan, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,556 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kes sembuh dan pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 di negara ini lebih tinggi berbanding kes baharu apabila sebanyak 76 kes dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah kumuatif kes sembuh di Malaysia adalah sebanyak 8,146 kes atau 95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 289 kes. Daripada 21 kes baharu yang…

Read More

Tiada kemenangan percuma

ATAS nama demokrasi, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tidak dapat dielakkan. Tiada kemenangan percuma walaupun PKR tidak meletakkan calonnya seperti Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan dua calon Bebas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula terpaksa mengerahkan jenteranya menghadapi PRK itu. PRK itu melibatkan pertandingan antara Mohd Sharim Md Zain, 41, yang mewakili BN, dan ahli perniagaan Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun. Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh pegawai pengurus pilihan…

Read More

Elektrik percuma, potongan bil

PUTRAJAYA : Setelah timbul pelbagai persoalan mengenai bil elektrik, akhirnya empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai. “Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April…

Read More

Nasi ulam

MENYOROK apa pagi ni? Kebetulan merentas negeri ke Seberang Perai, hari ini sempat menyorok nasi ulam. Bukan nasi kerabu. Orang utara tahulah nasi ulam ni. Terjumpa nasi ni di salah satu gerai di Pasar Awam Jalan Todak, Seberang Jaya. Gerai Sharifah ini juga menjual nasi daun lemuni yang hanya mengguna daun lemuni. Dulu di kampung, setiap kali bulan puasa mesti ada menu nasi ulam waktu berbuka. Rajin orang yang membuatnya kerana sanggup mencari ulam-ulaman untuk diadunkan. Biasanya ulam ni ada di sekeliling rumah atau jenguklah di sekitar rumah jiran. Ulam…

Read More

Jangan berlebihan

JANGAN berlebihan meraikannya. Itu ingatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam apabila fasa kedua langkah pemutus litar bermula. Katanya, ketika semua orang tidak sabar menanti hari pemutus litar fasa kedua, mereka harus berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka dan jarak selamat. Beliau berkata setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing supaya keselamatan diri dan masyarakat sekeliling terjamin. Beliau gembira kerana kebanyakan orang berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan semasa Fasa pertama. “Apabila Singapura terbuka semula, sila berhati-hati dan teruskan apa yang kita belajar dekat dengan hati,” katanya dalam catatan Facebook…

Read More

AS, Brazil, Rusia dahului kes

AMERIKA Syarikat (AS),  Brazil dan Rusia terus mendahului negara-negara lain merekodkan kes jangkitan tertinggi Covid-19 ketika dunia mencatatkan 8,56 juta kes dalam tempoh 24 jam. Menurut data Johns Hopkins University, AS dan Brazil turut mencatat kematian tertinggi di dunia yang ketika ini mencecah 457,388 berbanding Rusia yang berada di kedudukan ke-14. AS dan Brazil masing-masing mencatatkan 118,991 dan 47,748 kematian berbanding Rusia 7,831. India pula merekodkan kes jangkitan 380,532 diikuti United Kingdom 303,281. Lima negara mencatat angka melebihi 200,000 kes iaitu Sepanyol 245,575, Peru 244,388, Itali 238,011, Chile 231,393 dan Iran 200,262.…

Read More

Kes di Arab Saudi 150,292

ARAB Saudi merekodkan 4,301 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes mencecah 150,292. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 45 lagi kematian menjadikan jumlah kes meningkat kepada 1,184. Pada masa yang sama, 1,849 lagi pesakit sembuh yang membawa jumlah kes pulih sebanyak 95,764. Riyadh terus merekodkan kes tertinggi dengan catatan 1,091 kes diikuti Hufof 430, Jeddah 384, Makkah 305, Taif 213, Al Qattif 180, Dammam 167 dan Khobar 153. Al Mibaraz 145 dan Madinah 104.

Read More