Riyadh catat 1,584 kes

ARAB Saudi merekodkan 3,921 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kes harian tertinggi sejak pandemik ini bermula pada awal Mac. Jumlah kes terkumpul kini meningkat kepada 119,942. Kementerian Kesihatan juga melaporkan dalam tempoh yang sama, sebanyak 36 kematian direkodkan menjadikan 893 kes. Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi dengan 1,584 kes berbanding kes yang dilaporkan semalam 1,431 Ini diikuti Jeddah dengan 391 kes, Makkah 197, Hufof 192, Al Khobar 176, Madinah 144 dan Dammam 104. Sementara itu, kes sembuh pula meningkat kepada 81,029 apabila 1,010 lagi pesakit pulih sepenuhnya.

Read More

Indonesia catat 1,111 kes

INDONESIA merekodkan 1,111 kes baharu dan 48 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes terkumpul 36,406 dan kematian 2,048. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,923 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Bagi tempoh itu juga, Jawa Timur mencatatkan 318 kes positif baharu dan 22 lagi kematian menjadikan 575 kematian. SINGAPURA setakat tengah hari 12 Jun melaporkan 463 lagi kes jangkitan menjadikan jumlah keseluruhan 39,850 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 18 kes dalam komuniti melibatkan lapan warga Singapura…

Read More

JUMAAT : BERILAH PENJELASAN TERBAIK

HARI ini apabila kebanyakan masjid menambah kapasiti jemaah untuk solat Jumaat, ada juga jemaah yang kecewa dan sedih kerana masjid dan surau di tempat mereka tidak tersenarai. Maksudnya, hanya boleh melakukan solat Zuhur, itu pun melibatkan jumlah kecil, 12 orang dalam kalangan ahli jawatankuasa. Hari ini, adalah hari ke-13, kebanyakan orang tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat, bermula 20 Mac lalu. Semakin membingungkan apabila pelbagai kaedah digunakan dalam pemilihan masjid, kecuali bagi kawasan kuning atau merah. Dalam erti kata lain tidak sama antara negeri  walaupun bidang kuasa agama ada pada negeri.…

Read More

Ke sana sini dengan petrol naik

MEMANG tidak menyebelahi pengguna. Jika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), harga petrol turun. Ketika itu, pengguna tidak boleh bergerak ke sana sini tetapi hari ini, apabila boleh merentas negeri, atau balik kampung, harga dah naik. Mulai tengah malam ini atau 13 Jun, harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lapan sen manakala diesel pula naik 10 sen sehingga 19 Jun 2020. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.86, RON95 (RM1.56) dan diesel…

Read More

33 kes 1 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 33 kes baharu dan satu kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 8,402 kes dan 119 kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 16 kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 17 kes penularan dalam negara melibatkan 14 bukan warganegara dan tiga warganegara Malaysia. Tiga kes dalam kalangan warganegara melibatkan satu kes saringan kontak kepada kes positif (kes ke-7735) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes saringan pusat tahfiz di Selangor, dan satu kes saringan kepada kes kematian…

Read More

Tiada kemampuan dan keamanan halangan ibadah haji

SEDIH dan pedih. Tetapi itulah pilihan terbaik – menangguhkan ibadah haji tahun ini atas keselamatan dan kemaslahatan ummah. Anggaplah itu kehendak Allah SWT, bukan kehendak kita. Walaupun mempunyai kemampuan kewangan tetapi tidak mampu memenuhi syarat-syarat lain. Penangguhan ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan kerana wabak Covid-19 masih mengancam nyawa manusia di seluruh dunia. Di Arab Saudi wabak ini masih menular termasuk di dua kota suci Makkah dan Madinah. Sehingga semalam, Arab Saudi merekodkan 116,021 kes dengan 857 kematian. Malaysia tidak bersendirian membuat keputusan yang amat berat ini kerana jiran…

Read More

2 juta kes di AS, 113,700 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini dengan catatan 7.44 juta kes dan 420,132 kematian. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului negara-negara lain dengan merekodkan 2,016,630 kes dan 113,700 kematian. Ini diikuti Brazil yang mencatatkan 772,416 kes dan di kedudukan ketiga kematian iaitu 40,919 kes. Rusia pula mencatatkan 501,800 kes diikuti lima negara yang merekodkan lebih 200,000 kes. United Kingdom (UK) mendahului dengan 292,854 diikuti India 286,577, Sepanyol 242,707,  Itali 236,142 dan Peru 214,788. Lapan negara melebihi 100,000 kes…

Read More