Ke sana sini dengan petrol naik

MEMANG tidak menyebelahi pengguna. Jika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), harga petrol turun. Ketika itu, pengguna tidak boleh bergerak ke sana sini tetapi hari ini, apabila boleh merentas negeri, atau balik kampung, harga dah naik.

Mulai tengah malam ini atau 13 Jun, harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lapan sen manakala diesel pula naik 10 sen sehingga 19 Jun 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.86, RON95 (RM1.56) dan diesel RM1.73.

Kenaikan harga ini disebabkan peningkatan harga produk yang diproses seiring kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu.

Related posts

Leave a Comment