33 kes 1 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 33 kes baharu dan satu kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 8,402 kes dan 119 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 16 kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 17 kes penularan dalam negara melibatkan 14 bukan warganegara dan tiga warganegara Malaysia.

Tiga kes dalam kalangan warganegara melibatkan satu kes saringan kontak kepada kes positif (kes ke-7735) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes saringan pusat tahfiz di Selangor, dan satu kes saringan kepada kes kematian di dalam komuniti seperti dilaporkan di atas iaitu kes kematian ke-119.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,115 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,.

Sehingga kini, sebanyak empat kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, 103 kes pulih dan dibenarkan discaj.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 7,168 kes iaitu 85.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu kes kematian ke-119 (kes ke-8370) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazah dibawa ke Hospital Keningau, Sabah. Ujian saringan ke atas beliau telah didapati positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment