Riyadh catat 1,584 kes

ARAB Saudi merekodkan 3,921 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kes harian tertinggi sejak pandemik ini bermula pada awal Mac. Jumlah kes terkumpul kini meningkat kepada 119,942.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan dalam tempoh yang sama, sebanyak 36 kematian direkodkan menjadikan 893 kes.

Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi dengan 1,584 kes berbanding kes yang dilaporkan semalam 1,431

Ini diikuti Jeddah dengan 391 kes, Makkah 197, Hufof 192, Al Khobar 176, Madinah 144 dan Dammam 104.

Sementara itu, kes sembuh pula meningkat kepada 81,029 apabila 1,010 lagi pesakit pulih sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment