SELEPAS lapan hari merekodkan kes harian yang semakin menurun, kurang dari 2,000 kes, Arab Saudi hari ini mencatatkan 2,171 kes baharu. Angka tertinggi (dalam tempoh lapan hari) sebelum ini dicatatkan pada 25 Mei apabila merekodkan 2,235 kes dan angka kemudiannya menurun kurang daripada 2,000 kes. Penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 91,182. Bagaimanapun lebih 74 peratus kes atau 68,159 daripada jumlah kes keseluruhan dilaporkan sembuh. Kes kematian pula adalah 579 selepas 30 lagi kematian dilaporkan sementara kes aktif 22,444 di mana 1,321 dalam keadaan kritikal. Sementara…
Read MoreDay: June 3, 2020
Indonesia 684 kes, 35 kematian
TINDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 kepada 28,233 kes dengan angka korban akibat pandemik itu kini berjumlah 1,698 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 684 tambahan kes positif baharu, manakala 35 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan. Seramai 13,285 pesakit masih dalam pemantauan. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 523 kes, diikuti Jawa Timur (429 kes), Jawa Barat (154) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA memaklumkan tambahan 569 kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan…
Read More93 kes, hanya dua warganegara
SEBANYAK 93 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan membabitkan hanya dua warganegara dan selebihnya bukan warganegara Malaysia, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,970 dan tiada kematian dicatatkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua 93 kes baharu itu adalah penularan di dalam negara. Daripada 91 kes melibatkan bukan warganegara, 55 kes adalah dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas, sementara dua kes warganegara melibatkan saringan pelajar tahfiz dan satu daripada kluster pasar. Susulan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,324 dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan. Sebanyak 61…
Read MoreIsu jemaah haji minggu depan
KERAJAAN akan mengumumkan status jemaah haji Malaysia minggu hadapan selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri. Dr Zulkifli berkata, satu mesyuarat berkenaan status jemaah haji bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia telah diadakan baru-baru ini. Hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. “Keputusan perbincangan akan diumumkan pada minggu hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Twitternya.
Read MoreAmaran bubar DUN Johor
BUBAR Dewan Undangan Negeri. Itu amaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bagi menzahirkan rasa kecewa baginda susulan kemelut politik yang masih berlanjutan di negeri itu. Menerusi muat naik status di akaun media sosial baginda, Sultan Ibrahim bertitah masih ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri. “Saya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka. “Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak…
Read MoreMabuk…
Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran. Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. Perempuan berasa dirinya cantik Asyik memerhatikan sesuatu yang tidak berguna dengan menghabiskan masa
Read More6.34 juta kes 378,266 kematian
KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 6.34 juta manakala kematian meningkat kepada 378,266, demikian menurut data Johns Hopkins University, Menurut data itu dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes jangkitan baharu dan kenaikan 5,000 kematian. Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan dan kematian iaitu masing-masing 1,828,736 kes dan 106,046. Merekodkan kes kedua tertinggi adalah Brazil dengan jumlah kumulatif positif jangkitan lebih setengah juta atau 526,447 diikuti Rusia dengan 423,186 kes. Empat negara mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu United Kingdom 279,391, Sepanyol 239,932, Itali 233,515 dan India…
Read MoreBagaimana jemaah Malaysia?
APA pula pendirian Malaysia mengenai jemaah haji tahun ini? Adakah akan turut sama membuat keputusan membatalkan penghantaran jemaah seperti dilakukan Singapura dan Indonesia? Jemaah yang sudah terpilih perlu bersedia menerima sebarang keputusan kerajaan. Pada 15 Mei lalu, Singapura mengumumkan tidak akan menghantar 900 jemaah ke tanah suci tahun ini atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan berikutan wabak Covid-19. Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, pihaknya prihatin tentang risiko kesihatan dan kesejahteraan jemaah yang 80 peratus berusia lebih 50 tahun jika mengerjakan haji. Ini bermakna salah satu syarat haji tidak…
Read More