Bagaimana jemaah Malaysia?

 

APA pula pendirian Malaysia mengenai jemaah haji tahun ini? Adakah akan turut sama membuat keputusan membatalkan penghantaran jemaah seperti dilakukan Singapura dan Indonesia?

Jemaah yang sudah terpilih perlu bersedia menerima sebarang keputusan kerajaan.

Pada 15 Mei lalu, Singapura mengumumkan tidak akan menghantar 900 jemaah ke tanah suci tahun ini atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan berikutan wabak Covid-19.

Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, pihaknya prihatin tentang risiko kesihatan dan kesejahteraan jemaah yang 80 peratus berusia lebih 50 tahun jika mengerjakan haji. Ini bermakna salah satu syarat haji tidak dapat dipenuhi.

Katanya dalam mengerjakan ibadah haji ini, antara kemampuan yang perlu dipenuhi adalah dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan kesempatan. Ini bermakna menjaga nyawa juga penting.

Hari ini, Indonesia juga mengambil pendirian yang sama. Negara berpenduduk Islam terbesar di dunia itu memutuskan tidak menghantar jemaah haji bagi tahun 1441H.
Tahun lepas, kuota haji dari Indonesia adalah berjumlah lebih 231,000 jemaah

Menteri Agama, Facrul Razi dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan pandemik Covid-19 yang masih mengancam penduduk seluruh dunia, termasuk Indonesia dan Arab Saudi.

Selain soal keselamatan, keputusan itu diambil kerana, hingga saat ini Arab Saudi masih belum membuka akses layanan Penyelenggaraan Ibadah Haji 1441H/2020M.

Situasi ini menyebabkan, pemerintah Indonesia tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan persiapan, bagi penghantaran jemaah sekiranya dibenarkan Arab Saudi.

Berdasarkan jadual, kumpulan pertama jemaah haji Indonesia sepatutnya berangkat pada 26 Jun ini sedangkan pemerintah dan jemaah memerlukan tambahan waktu untuk mengikuti protokol kesihatan.

Menurut Facrul Razi, dalam senario ini, waktu haji akan lebih lama kerana jemaah perlu dikuarantin 14 hari sebelum berangkat dan setelah tiba di Arab Saudi.

Selain daripada itu penyelenggaraan haji ketika wabak penyakit menular adalah berbahaya.

Kementerian Agama, kata Fachrul, telah melakukan kajian dan faktanya mengakibatkan terjadinya tragedi kemanusiaan dan puluhan ribu jemaah menjadi korban.

(FOTO musim Haji 2017)

Related posts

Leave a Comment