2,171 kes baharu, 30 maut

SELEPAS lapan hari merekodkan kes harian yang semakin menurun, kurang dari 2,000 kes, Arab Saudi hari ini mencatatkan 2,171 kes baharu.

Angka tertinggi (dalam tempoh lapan hari) sebelum ini dicatatkan pada 25 Mei apabila merekodkan 2,235 kes dan angka kemudiannya menurun kurang daripada 2,000 kes.

Penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 91,182. Bagaimanapun lebih 74 peratus kes atau 68,159 daripada jumlah kes keseluruhan dilaporkan sembuh.

Kes kematian pula adalah 579 selepas 30 lagi kematian dilaporkan sementara kes aktif 22,444 di mana 1,321 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 683 kes diikuti Jeddah 418, Makkah 279, Madinah 167, Dammam 133, Taif 85 dan Qatif 70.

Related posts

Leave a Comment