Makkah 611 kes Madinah 69

ARAB Saudi merekodkan 2,399 kes baharu rendah sedikit berbanding jumkah kes harian tuga hari sebelumnya iaitu 2,442, 2,532 dan 2,642 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, kes keseluruhan kini berjumlah 72,560. Dalam tempoh yang sama, 2,284 kes pulih menjadikan 43,520 kes sementara kematian meningkat kepada 390 berikutan penambahan 11 kes baharu. Lokasi kes pula menunjukkan, Riyadh mendahului dengan 742 kes, diikuti Makkah 611,  Jeddah 474, Dammam 136 dan Al Khobar 120. Mengenai kes baharu, 79 peratus melibatkan lelaki sementara 34 peratus melibatkan penduduk warga tempatan.

Read More

Tiada kes baharu di Thailand

KES kematian di INDONESIA meningkat kepada 1,372 apabila  21 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata jurucakap kerajaan Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto. Katanya, jumlah kes positif pula meningkat kepada 22,271 kes iaitu tambahan 526 kes baharu. Ketika ini seramai 11,389 pesakit masih dalam pemantauan. Sementara itu, umat Islam di Indonesia  meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana luar biasa bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 dengan solat sunat Aidilfitri di masjid dilarang, tiada majlis rumah terbuka, balik kampung atau aktiviti saling berkunjung. Di SINGAPURA, Kementerian Kesihatan mengesahkan 548 kes…

Read More

60 kes baharu tanpa kematian

SEBANYAK 60 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 7,245 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 1,185 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 60 kes baharu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. “Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang,” katanya dalam satu kenyataan. Sebanyak, 33 kes telah…

Read More

Menyesuaikan kehidupan dengan wabak Covid-19

SINGAPURA : Sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika penularan wabak Covid-19 tahun ini bukan sekadar melambangkan kemenangan tetapi mengingatkan tentang perjuangan dan pengorbanan berterusan dalam usaha untuk melindungi nyawa dan menjaga keselamatan. Mufti Singapura, Dr. Nazirudin Mohd Nasir berkata, masyarakat berusaha membuat pelbagai penyesuaian dengan terus duduk di rumah serta beribadah bersama keluarga walaupun ramai yang sedih merindui orang tersayang serta merindui para jemaah di masjid. “Dalam situasi ini, kita tidak bertemu bukan kerana kita tidak suka, tetapi kerana kita sayang dan mahu melindungi antara satu sama lain. Inilah pengorbanan dan…

Read More

5.2 juta kes, 340:000 kematian

KES positif Covid-19 kini melebihi 5.2 juta sementara kematian meningkat kepada 340,000 kes. Data Johns Hopkins University. menunjukkan, enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) mempunyai 1.6 juta kes. Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali manakala Perancis, Jerman, Turki, India, Peru dan Iran merekodkan lebih 100,000 kes. Kanada merekodkan angka jangkitan 84,100 kes melepasi China dengan 84,000 kes. Sementara angka kematian pula, AS kekal dengan kematian tertinggi dan melepasi 96,000 kes. United Kingdom dan Itali…

Read More

Amanat Raya PM Singapura

Catatan FB Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong d Selamat Hari Raya Aidilfitri! Esok, 1 Syawal, menandakan cukup sebulan rakan-rakan Muslim kita berpuasa. Seperti Ramadan yang berbeza kali ini, penyesuaian juga perlu dibuat bagi sambutan Hari Raya. Biasanya, di pagi Hari Raya umat Islam akan ke masjid dan kemudian mereka kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara. Namun, tahun ini, mereka akan mendengar laungan takbir Raya dah khutbah oleh Mufti Negara, menerusi radio dan media sosial dari rumah masing-masing. Jalan Raya dibuat di alam maya. Walaupun tidak bersama secara fisikal, keluarga Muslim memanfaatkan teknologi…

Read More

Al-Sultan Abdullah turut yakin  bahawa Malaysia mampu menumpaskan wabak Covid-19 ini selama-lamanya dengan semangat dan kekuatan jati diri bangsa Malaysia serta perpaduan yang utuh.  “Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara sentiasa berada di bawah perlindungan Allah serta dijauhi daripada sebarang musibah dan bencana. “Beta dan Raja Permaisuri Agong juga berdoa semoga negara akan segera kembali pulih seperti sediakala agar rakyat dapat mengecap nikmat kerancakan ekonomi dan menikmati kemanisan hidup dalam sebuah negara yang maju, aman dan makmur,” titah Seri Paduka.

Read More

Jaga mak, ayah, nenek

“KORBANKAN sedikit adat atau kelaziman demi elakkan jangkitan. Jaga mak, ayah dan nenek kita yang telah berusia ini, kerana mereka lebih terdedah kepada jangkitan,”. Itu adalah antara rayuan dan pesanan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Aidilfitri malam tadi. Perdana Menteri ketika menyentuh mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) ziarah keluarga terdekat semasa Aidilfitri berkata keputusan yang dibuat bersandarkan prinsip Maqasid Syariah “Bagi memelihara nyawa, kita korbankan sedikit adat atau kelaziman demi elakkan jangkitan. Saya ingatkan dan nasihatkan, berbincanglah dengan adik-beradik dan saudara mara siapa yang boleh datang berziarah. Ketika mereka di…

Read More