60 kes baharu tanpa kematian

SEBANYAK 60 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 7,245 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 1,185 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 60 kes baharu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak, 33 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 5,945 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Beliau juga memaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes (1.60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat sembilan kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment