Makkah 611 kes Madinah 69

ARAB Saudi merekodkan 2,399 kes baharu rendah sedikit berbanding jumkah kes harian tuga hari sebelumnya iaitu 2,442, 2,532 dan 2,642 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes keseluruhan kini berjumlah 72,560.

Dalam tempoh yang sama, 2,284 kes pulih menjadikan 43,520 kes sementara kematian meningkat kepada 390 berikutan penambahan 11 kes baharu.

Lokasi kes pula menunjukkan, Riyadh mendahului dengan 742 kes, diikuti Makkah 611,  Jeddah 474, Dammam 136 dan Al Khobar 120.

Mengenai kes baharu, 79 peratus melibatkan lelaki sementara 34 peratus melibatkan penduduk warga tempatan.

Related posts

Leave a Comment