Al-Sultan Abdullah turut yakin  bahawa Malaysia mampu menumpaskan wabak Covid-19 ini selama-lamanya dengan semangat dan kekuatan jati diri bangsa Malaysia serta perpaduan yang utuh. 

“Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara sentiasa berada di bawah perlindungan Allah serta dijauhi daripada sebarang musibah dan bencana.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong juga berdoa semoga negara akan segera kembali pulih seperti sediakala agar rakyat dapat mengecap nikmat kerancakan ekonomi dan menikmati kemanisan hidup dalam sebuah negara yang maju, aman dan makmur,” titah Seri Paduka.

Related posts

Leave a Comment