5.2 juta kes, 340:000 kematian

KES positif Covid-19 kini melebihi 5.2 juta sementara kematian meningkat kepada 340,000 kes.

Data Johns Hopkins University. menunjukkan, enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) mempunyai 1.6 juta kes.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali manakala Perancis, Jerman, Turki, India, Peru dan Iran merekodkan lebih 100,000 kes.

Kanada merekodkan angka jangkitan 84,100 kes melepasi China dengan 84,000 kes.

Sementara angka kematian pula, AS kekal dengan kematian tertinggi dan melepasi 96,000 kes.

United Kingdom dan Itali masing-masing mencatatkan lebih 36,000 dan 32,000 kes.

manakala Sepanyol dan Perancis masing-masing merekodkan 28,000 kes.

Related posts

Leave a Comment