Saudi catat 2,691 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 2,691 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes 62,545 sementara 10 kematian direkodkan menjadikan 339. Dalam tempoh yang sama, kes sembuh meningkat kepada 33,478 selepas 1,844 lagi kes pulih. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 815 dikuti Jeddah 311, Makkah 306, Madinah 236, Dammam 157 dan Hufof 140 . Arab Saudi terus memperhebatkan ujian saringan dengan melibatkan 18,094 orang dalam tempoh 24 jam. Setakat ini 636,178 orang telah disaring.

Read More

PSBB Jakarta dilanjutkan

SINGAPURA merekodkan 570 lagi kes positif Covid-19 menjadikan 29,364 kes ketika republik itu turut mencatatkan 10,365 pesakit pulih. Data Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan hanya dua kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap manakala kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama. Menurut MOH, 17,403 orang yang mempunyai simptom ringan atau secara klinikal baik tetapi ujiannya masih positif Covid-19, telah diasingkan dan dijaga di fasiliti komuniti.  Sehingga kini, 22 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Sementara itu, THAILAND mengekalkan kes baharu dalam satu digit dan tiada kematian baharu dalam tempoh 24 jam lepas.…

Read More

Iftar antara dua Ramadan

BIAR gambar berbicara…Apabila Life In Saudi Arabia (LISA) memuat naik beberapa keping gambar di kawasan Masjid Nabawi baru-baru ini, hati menjadi sayu melihat ‘kesepian dan kesunyian’ kawasan yang sebelum ini sibuk dengan pergerakan manusia lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Masjid ditutup kepada orang awam untuk solat lima waktu dan juga tarawih. Tiada aktiviti berbuka puasa sepanjang Ramadan. Dengan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pastinya Masjid Nabawi akan terus sepi dan sekaligus menggamit memori suasana Ramadan tahun lalu. Suasana iftar ini dirakamkan pada awal 10 hari terakhir Ramadan tahun lalu,…

Read More

Jumlah kes 7,009

PUTRAJAYA: Sebanyak 31 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 7,009, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Pada masa yang sama, sebanyak 60 kes pulih dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya 5,706 kes atau 81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 21 kes adalah penularan tempatan di mana 10 kes adalah bukan warganegara Malaysia, manakala 11 melibatkan warganegara. Sehingga kini, terdapat 11 kes positif Covid-19 yang…

Read More

Ramai cuba balik kampung

PUTRAJAYA: Semakin ramai yang cuba balik kampung. Jumlah kenderaan yang cuba balik kampung dengan merentas negeri menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda kepada 3,212 kenderaan pada Selasa berbanding 1,633 pada Isnin. Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri berkata, trend itu menunjukkan masih ramai yang berminat untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri walaupun operasi ketat sedang dijalankan. Setakat semalam,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 216 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan terhadap 318,082 kenderaan. “Daripada seribu lebih yang kita anggap tinggi semalam, hari…

Read More

Apa khabar anak yatim Utusan

MENJELANG beberapa hari lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, terselak beberapa program yang ada kaitan dengan anak-anak yatim Kumpulan Utusan. Apa khabar anak-anak yatim Kumpulan Utusan? Walaupun Utusan tinggal nama, diharapkan hubungan kekeluargaan tetap terjalin.  Semoga semuanya dalam keadaan baik. Sedih juga tiada lagi majlis meraikan anak-anak yatim seperti yang sering dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Sama seperti orang lain, bukan sahaja anak-anak yatim malahan bekas pekerja juga menghadapi kesulitan yang ada antaranya dapat diketahui dan ada pula yang tidak disedari oleh ‘anggota keluarga besar Utusan’ Sudah menjadi lumrah setiap tahun,…

Read More

4.8 juta kes, 322,000 kematian

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului jumlah kes positif dan kematian ketika dunia merekodkan lebih 4.8 juta kes dengan 322,000 kematian. Data Johns Hopkins University menunjukkan AS dalam tempoh 24 jam mencatatkan jumlah kes 1.5 juta manakala kematian lebih 91,000 kes. Di samping AS yang merekodkan kes tertinggi, lima negara lain mencatatkan lebih 200,000 kes positif iaitu Rusia, Brazil, United Kingdom (UK), Sepanyol dan Itali. Setakat awal pagi ini, Rusia merekodkan 299,941 kes diikuti Brazil 271,628, United Kingdom 250,138, Sepanyol 232,037 dan Itali 226,699. Lima negara lain merekodkan lebih 100,000 kes…

Read More