Saudi catat 2,691 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 2,691 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes 62,545 sementara 10 kematian direkodkan menjadikan 339.

Dalam tempoh yang sama, kes sembuh meningkat kepada 33,478 selepas 1,844 lagi kes pulih.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 815 dikuti Jeddah 311, Makkah 306, Madinah 236, Dammam 157 dan Hufof 140 .

Arab Saudi terus memperhebatkan ujian saringan dengan melibatkan 18,094 orang dalam tempoh 24 jam. Setakat ini 636,178 orang telah disaring.

Related posts

Leave a Comment