BIAR gambar berbicara…Apabila Life In Saudi Arabia (LISA) memuat naik beberapa keping gambar di kawasan Masjid Nabawi baru-baru ini, hati menjadi sayu melihat ‘kesepian dan kesunyian’ kawasan yang sebelum ini sibuk dengan pergerakan manusia lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
Masjid ditutup kepada orang awam untuk solat lima waktu dan juga tarawih. Tiada aktiviti berbuka puasa sepanjang Ramadan. Dengan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pastinya Masjid Nabawi akan terus sepi dan sekaligus menggamit memori suasana Ramadan tahun lalu.
Suasana iftar ini dirakamkan pada awal 10 hari terakhir Ramadan tahun lalu, 2019 atau 1440. Beginilah suasana di dalam dan di luar masjid ketika jemaah mengambil tempat menjelang waktu berbuka. Tahun ini, suasana itu hilang akibat wabak Covid-19.
Semoga Covid-19 cepat berlalu dan Masjid Nabawi dan Masjidilharam kembali menjadi tumpuan umat Islam. Apakah harapan masih ada untuk bakal jemaah haji tahun ini?