4.8 juta kes, 322,000 kematian

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului jumlah kes positif dan kematian ketika dunia merekodkan lebih 4.8 juta kes dengan 322,000 kematian.

Data Johns Hopkins University menunjukkan AS dalam tempoh 24 jam mencatatkan jumlah kes 1.5 juta manakala kematian lebih 91,000 kes.

Di samping AS yang merekodkan kes tertinggi, lima negara lain mencatatkan lebih 200,000 kes positif iaitu Rusia, Brazil, United Kingdom (UK), Sepanyol dan Itali.

Setakat awal pagi ini, Rusia merekodkan 299,941 kes diikuti Brazil 271,628, United Kingdom 250,138, Sepanyol 232,037 dan Itali 226,699.

Lima negara lain merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Perancis 180,933, Jerman 177,778, Turki 151,615, Iran 124,603 dan India 106,475.

Ini diikuti Peru 99,483, China 84,063, Kanada 80,491 dan Arab Saudi 59,854 .

Sementara kes kematian pula, United Kingdom mencatatkan 35,422, Itali 32,169, Perancis 28,025, Sepanyol 27,778, Brazil 17,971, Belgium 9,108 dan Jerman 8,081.

Related posts

Leave a Comment