Thailand catat kes kanak-kanak

JUMLAH kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 14,265 kes selepas 233 kes lagi dilaporkan dalam tempoh 24 jam iaitu 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, dalam tempoh yang sama 18 lagi kematian menjadikan 991 kes. Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 441 kes, diikuti Jawa Timur (149), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA pula mengesahkan 486 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 23,822. Data awal setakat tengah hari tadi menunjukkan hanya dua…

Read More

Riyadh catat 520 kes

RIYADH mencatatkan kes tertinggi di Arab Saudi apabila merekodkan 520 kes daripada 1,966 kes koronavirus Covid-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudu, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali memberitahu, sembilan kematian juga direkodkan menjadikan jumlah kes 255. Jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 41,014 manakala 1,280 kes pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 12,737.. Kes baharu yang dilaporkan hari ini melibatkan 78 peratus lelaki . Sementara itu, Makkah mencatatkan 343 kes, Madinah 257, Jeddah 236 dan Hufaf 137.

Read More

70 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 70 kes baharu dan satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 6,726 dan 109 kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. berkata 88 kes pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 5,113 kes iaitu 76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.  Daripada 70 kes baharu yang dilaporkan, 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Pada masa yang sama, terdapat 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan. “Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,504 kes,”…

Read More

Semoga tidak dikunjungi ‘musuh’ pada hari raya

TAHUN ini tidak ada pergerakan balik ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur akan lebih tenang. Tiada jadual perjalanan, tiada kesesakan di tol Sungai Besi, Jalan Duta dan Gombak. Tiada rungutan kenderaan bergerak perlahan di kebanyakan lokasi. Mungkin ini kali pertama pergerakan itu terhalang akibat wabak Covid-19. Maknanya bagi yang sering balik kampung menjenguk orang tua, mungkin ini tempoh paling lama tidak dapat pulang, apatah lagi pada hari raya. Bagi suami isteri yang sudah mengatur giliran berhari raya, tahun depan kena…

Read More

Lebih 4 juta kes seluruh dunia

ANGKA jangkitan akibat pandemik Covid-19 di seluruh dunia meningkat.kepada lebih empat juta kes manakala kes kematian lebih 282,000 kes. Menurut data dari Johns Hopkins University, lima negara melepasi angka 200,000 kes dan tiga negara melepasi 30,000 angka kematian. Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.32 juta. Ini diikuti empat negara melepasi 200,000 kes iaitu Sepanyol 224,350, United Kingdom 220,449, Itali 219,070 dan Russia 209,688. Sementara Perancis mencatatkan 177,094 dan Jerman 171,780 manakala Brazil 157,696, Turki 138,657 dan Iran 107,603…

Read More