Lebih 4 juta kes seluruh dunia

ANGKA jangkitan akibat pandemik Covid-19 di seluruh dunia meningkat.kepada lebih empat juta kes manakala kes kematian lebih 282,000 kes.

Menurut data dari Johns Hopkins University, lima negara melepasi angka 200,000 kes dan tiga negara melepasi 30,000 angka kematian.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.32 juta.

Ini diikuti empat negara melepasi 200,000 kes iaitu Sepanyol 224,350, United Kingdom 220,449, Itali 219,070 dan Russia 209,688.

Sementara Perancis mencatatkan 177,094 dan Jerman 171,780 manakala Brazil 157,696, Turki 138,657 dan Iran 107,603 diikuti China 83,994 kes.

Bagi kes kematian, AS merekodkan 79,495, United Kingdom 31,930, Itali 30,560, Sepanyol 26,621, Perancis 26,383, Brazil 10,757 diikuti Belgium 8,656

Related posts

Leave a Comment