70 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 70 kes baharu dan satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 6,726 dan 109 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. berkata 88 kes pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 5,113 kes iaitu 76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Daripada 70 kes baharu yang dilaporkan, 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Pada masa yang sama, terdapat 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,504 kes,” katanya dalam sidang media hari ini. 

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian ke-109 (kes ke-6657) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun yang mempunyai penyakit kronik.

Related posts

Leave a Comment