Saudi rekod 1,912 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 1,912 kes baharu, jumlah tertinggi harian yang dicatatkan setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 39,048. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali memberitahu, 65 peratus kes baharu itu melibatkan individu pelbagai kewarganegaraan sementara baki adalah penduduk tempatan. Sembilan kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 246 sementara kes pulih meningkat kepada 11,457 berikutan 1,313 kes sembuh baharu. Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu  438 diikuti, Jeddah 374, Riyadh 363, Madinah 248 dan 104 di Dammam.

Read More

Singapura catat 876 kes baharu

SINGAPURA mengesahkan 876 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu setakat ini ialah 23,336. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), data awal setakat tengah hari ini menunjukkan bahawa hanya tiga kes membabitkan warganegara atau penduduk tetap Singapura manakala baki adalah pekerja asing yang tinggal di asrama. Singapura, setakat ini telah mengklasifikasikan sejumlah 1,283 sebagai kes komuniti, 579 sebagai kes import dan 627 sebagai kes membabitkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama. Sejumlah 2,296 pesakit telah dibenarkan keluar hospital atau kemudahan penjagaan komuniti manakala 1,124 kes masih menerima rawatan dengan 23…

Read More

Jumlah kes terkini 6,656

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 67 kes Covid-19 baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 6,656 kes. Tiada kematian dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 108 kes atau 1.62 peratus. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, 49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. “Sehingga hari ini juga, sebanyak 96 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 5,025 kes (75.5 peratus daripada…

Read More

Catatan 17 Ramadan 1438

TULISAN ini disiarkan pada cuti Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan 1438 bersamaan Isnin 12 Jun 2017. Waktu itu, kehidupan seperti biasa tidak seperti sekarang. Ketika itu Kuala Lumpur sibuk dengan orang ramai membeli belah untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Jika tidak ada urusan penting elakkan memasuki Kuala Lumpur. Tidak pasti suasananya hari ini ketika PKP masih berjalan. BAGAIMANA  CUTI NUZUL AL QURAN TAHUN INI JANGAN masuk Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri. Gu­na sahaja pengangkutan awam, sama ada LRT atau komuter. Begitu pesan seorang sahabat semalam. Ada jalan yang ditutup untuk…

Read More

Rayuan BPN dibuka semula

PEMOHON yang gagal mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh mengemukakan rayuan masing-masing mulai 11 Mei sehingga 31 Mei ini Selain menghantar emel, para pemohon yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan. “Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan,” katanya. Beliau berkata, Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh itu berikutan rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. “Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya…

Read More

PKP dilanjut sehingga 9 Jun

TAHUN ini tidak ada pergerakan balik kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.. ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dikenali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sepatutnya berakhir pada 12 Mei ini dilanjutkan lagi selama empat minggu sehingga 9 Jun ini. Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa termasuk pada Hari Raya Aidilfitri. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan demikian berkata, langkah itu diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. “Minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi…

Read More

Kes lebih 4 juta, 279,000 maut

KES positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan jumlah kumulatif melepasi 4 juta kes manakala kematian meningkat lebih 6,000 menjadikan jumlah kes melebihi 279,000 kes. Menurut data Johns Hopkins University, 10 negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes, manakala lima negara merekodkan lebih 20,000 kematian. Amerika Syarikat (AS) kekal satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.307 juta. Tiga negara kini melepasi angka 200,000 kes positif iaitu Sepanyol 222,000, Itali 218,000 dan…

Read More