Rayuan BPN dibuka semula

PEMOHON yang gagal mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh mengemukakan rayuan masing-masing mulai 11 Mei sehingga 31 Mei ini

Selain menghantar emel, para pemohon yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh itu berikutan rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab.

“Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan,” katanya.

Semalam kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion. Dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion.

Related posts

Leave a Comment