Saudi rekod 1,912 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 1,912 kes baharu, jumlah tertinggi harian yang dicatatkan setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 39,048.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali memberitahu, 65 peratus kes baharu itu melibatkan individu pelbagai kewarganegaraan sementara baki adalah penduduk tempatan.

Sembilan kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 246 sementara kes pulih meningkat kepada 11,457 berikutan 1,313 kes sembuh baharu.

Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu  438 diikuti, Jeddah 374, Riyadh 363, Madinah 248 dan 104 di Dammam.

Related posts

Leave a Comment