Kes lebih 4 juta, 279,000 maut

KES positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan jumlah kumulatif melepasi 4 juta kes manakala kematian meningkat lebih 6,000 menjadikan jumlah kes melebihi 279,000 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, 10 negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes, manakala lima negara merekodkan lebih 20,000 kematian.

Amerika Syarikat (AS) kekal satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.307 juta.

Tiga negara kini melepasi angka 200,000 kes positif iaitu Sepanyol 222,000, Itali 218,000 dan United Kingdom 216,000.

Rusia merekodkan 198,000 kes, Perancis 176,000, Jerman 171,000,. Brazil 155,000, Turki 137,000 dan Iran 106,000.

Sementara itu AS merekodkan lebih 78,792 kematian, angka tertinggi berbanding negara lain.

United Kingdom merekodkan 31,662, Itali 30,395, Sepanyol 26,478 dan Perancis 26,313.

Pesakit yang telah sembuh akibat virus itu juga dilaporkan meningkat kepada 1.36 juta kes.

Related posts

Leave a Comment