Usul sokong Dr.M bercanggah

USUL sokongan majoriti terhadap Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tidak akan dibenar dibawa ke sidang Mesyuarat Dewan Rakyat, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Menurutnya, setelah diteliti, usul yang dimohon Ahli Parlimen Semporna, Mohd Shafie Apdal berkenaan melalui sepucuk surat bertarikh 4 Mei, didapati tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan perdana menteri.

Bernama melaporkan, jawapan itu terkandung dalam surat rasmi sebagai balasan kepada permohonan Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah.

Surat itu tular di media sosial bersama surat permohonan Shafie.

Sementara itu, di Beluran,  Shafie mengesahkan mengenai surat yang tular mengenai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat menyokong Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun Ketua Menteri Sabah itu yang ditanya ketika sidang media selepas lawatan di Kilang Beras Terusan Sapi, Beluran hanya mengulas ringkas.

“Kita tunggu lah bila sampai masanya… itu sidang dewan dan ini lawatan (Kilang Beras) Terusan Sapi. Ya, ya kita melihatnya (surat),” katanya.

Related posts

Leave a Comment