Bantahan orang ramai ada asas

BANTAHAN orang ramai sebelum ini supaya kerajaan menangguhkan pembukaan semula operasi kedai gunting rambut  ada asasnya. Kebimbangan mereka ketika itu kemungkinan wujud kluster baharu.

Berikutan bantahan itu, termasuk dalam kalangan persatuan atau pengusaha kedai gunting rambut, kerajaan menarik balik hasrat tersebut.

Hari ini, Khamis, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kedai gunting masih belum boleh beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun di kawasan terbuka.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat laporan di negara-negara luar termasuk Jepun dan Amerika Syarikat (AS) berhubung jangkitan Covid-19 dalam kalangan tukang gunting dan pelanggan.

Bagaimanapun, katanya KKM sedang memantau perkembangan kes positif sebelum mencadangkan kepada kerajaan untuk membuka sektor-sektor lain termasuk kedai gunting rambut.

Jadi kita sedang memantau perkara ini dengan teliti sebelum kita membenarkan, mungkin secara berperingkat.

“Kita telah membenarkan kelongaran dalam PKPD dan kita bermula pada 4 Mei dan kita harap dalam tempoh masa dua minggu kita akan memantau perkembangan kes-kes sama ada peningkatan atau tidak sebelum kita membuka sektor-sektor lain, contohnya dalam bidang gunting rambut dan sebagainya.

“Jadi, kita akan memantau dan memberi nasihat dalm tempoh terdekat,” katanya dalam sidang media harian mengenai Covid-19.

Related posts

Leave a Comment