Madinah catat 396 kes baharu

ARAB Saudi terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila 1,793 kes baharu dikesan menjadikan jumlah kes 33,731. Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut mengumumkan 10 lagi kematian  menjadikan jumlah keseluruhan 219 kes. Kes pulih pula meningkat kepada 7,798 berikutan 1,015 lagi kes sembuh. Kematian yang melibatkan seorang penduduk tempatan dan sembilan bukan warganegara itu dilaporkan di Makkah, Khobar, Madinah, Riyadh dan Jeddah. Mangsa berumur antara 30 hingga 78 tahun. Kes baharu pula melibatkan 75 peratus bukan penduduk Arab Saudi dan 83 peratus melibatkan kaum lelaki. Mengenai taburan kes, Madinah mencatatkan 396 kes,…

Read More

Situasi negara anggota ASEAN

KES positif Covid-19 di INDONESIA, terus meningkat kepada 12,776 kes, berikutan pertambahan 338 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jumlah kematian meningkat kepada 930 berikutan 35 kes baharu. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 28,508 pesakit masih dalam pengawasan Covid-19, manakala mereka yang sembuh kini berjumlah 2,381 orang. Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 423 kes, diikuti Jawa Timur (133), Jawa Tengah (90) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA pula mengesahkan secara awal pertambahan 741 kes jangkitan menjadikan jumlah terbaharu sebanyak 20,939 kes. Kementerian Kesihatan…

Read More

Bersatu tidak rujuk semula PH

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak berhasrat kembali semula ke pangkuan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Penerangannya, Dr Mohd Radzi Md Jidin. Katanya, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sebagai badan eksekutif tertinggi parti dalam mesyuarat pada 23 Februari lalu memutuskan untuk keluar daripada PH dan tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan kerjasama dengan gabungan berkenaan. “Sebarang usaha untuk membawa Bersatu bekerjasama dengan PH adalah bercanggah dengan keputusan rasmi parti. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli parti untuk sentiasa mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti serta melaksanakan dasar-dasar parti,” katanya dalam satu kenyataan, pada…

Read More

Bantahan orang ramai ada asas

BANTAHAN orang ramai sebelum ini supaya kerajaan menangguhkan pembukaan semula operasi kedai gunting rambut  ada asasnya. Kebimbangan mereka ketika itu kemungkinan wujud kluster baharu. Berikutan bantahan itu, termasuk dalam kalangan persatuan atau pengusaha kedai gunting rambut, kerajaan menarik balik hasrat tersebut. Hari ini, Khamis, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kedai gunting masih belum boleh beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun di kawasan terbuka. Beliau berkata, ia berikutan terdapat laporan di negara-negara luar termasuk Jepun dan Amerika Syarikat (AS) berhubung jangkitan Covid-19 dalam kalangan tukang…

Read More

Usul sokong Dr.M bercanggah

USUL sokongan majoriti terhadap Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tidak akan dibenar dibawa ke sidang Mesyuarat Dewan Rakyat, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof. Menurutnya, setelah diteliti, usul yang dimohon Ahli Parlimen Semporna, Mohd Shafie Apdal berkenaan melalui sepucuk surat bertarikh 4 Mei, didapati tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan perdana menteri. Bernama melaporkan, jawapan itu terkandung dalam surat rasmi sebagai balasan kepada permohonan Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah. Surat itu tular di…

Read More

39 kes baharu, tiada kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 39 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis dengan 38 daripadanya melibatkan kes jangkitan tempatan dan satu kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes dan tiada kematian dilaporkan sementara 74 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital. Katanya, tiada kes kematian manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,584 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. “Ingin dimaklumkan bahawa daripada 39 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan.…

Read More

Kertas buka masjid dibincang

KERTAS cadangan mengenai standard operasi prosedur (SOP) kebenaran bagi melaksanakan ibadat solat secara berjemaah termasuk solat Tarawih dan solat Jumaat akan dibawa serta dibincangkan sekali lagi di peringkat Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Jumaat. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, satu perbincangan telah dibuat secara terperinci mengenai isu tersebut di peringkat Kabinet khususnya mengenai penambahbaikan SOP terhadap kebenaran itu dalam mematuhi segala arahan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam masa sama,…

Read More

Anwar ketuai pembangkang

PRESIDEN PKR, Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengetuai pembangkang di Dewan Rakyat berikutan beliau dinamakan untuk jawatan itu oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Ahli Parlimen Port Dickson itu mendedahkan  keputusan tersebut menerusi siaran langsung di Facebook rasmi beliau pada Khamis, selain menyatakan nama beliau sudah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof. “Ya, Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail telah pun maklumkan kepada speaker mengenai keputusan Majlis Presiden yang juga sudah dimaklumkan kepada semua parti pembangkang yang berpihak kepada pembangkang serta Warisan. “Saudara Anwar sudah disebut sebagai Ketua…

Read More

Terkenang bubur lambuk BKUM

HARI ini Khamis, 14 Ramadan. Menyelak kembali kisah Ramadan D’UTUSAN, biasanya setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan akan diadakan gotong-royong menyediakan bubur lambuk. Program anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) ini diterajui Kamsari Haji Nor atau lebih mesra dengan panggilan Wak Kam. Menjelang Ramadan khemah khas dipasang berdekatan Surau Al-Huda Utusan Melayu bagi memudahkan kerja-kerja memasak. Program ini sudah bermula sejak Utusan Melayu berada di bangunan lama di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin. Kos penyediaan bubur lambuk ini ditanggung oleh BKUM dan Surau Al-Huda yang turut membuat kutipan dalam…

Read More