Kertas buka masjid dibincang

KERTAS cadangan mengenai standard operasi prosedur (SOP) kebenaran bagi melaksanakan ibadat solat secara berjemaah termasuk solat Tarawih dan solat Jumaat akan dibawa serta dibincangkan sekali lagi di peringkat Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Jumaat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, satu perbincangan telah dibuat secara terperinci mengenai isu tersebut di peringkat Kabinet khususnya mengenai penambahbaikan SOP terhadap kebenaran itu dalam mematuhi segala arahan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan solat Tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh Malaysia boleh dilakukan sekiranya pihak kerajaan membenarkan pelaksanaan kertas cadangan yang telah dikemukakan.

“Kabinet memberi mandat (kepada) kita, Kementerian Agama Jabatan Perdana Menteri membawa semula kepada Muzakarah Kebangsaan yang akan dilaksanakan esok iaitu Muzakarah Khas Hal Ehwal Agama Islam, khas untuk membincangkan tentang keperluan untuk meneliti secara lebih terperinci sebelum kerajaan benarkan membuka masjid dan aktiviti dalam ruangan ini,” kata beliau.

Marzuk berkata demikian selepas program Inspirasi Musaadah Ramadan YaPEIM 2020 di YaPEIM Mart Sungai Petani pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya akan memaklumkan lebih awal kepada lebih 16,000 bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran mengerjakan haji bagi tahun 2020 selepas keputusan mengenai ibadat terbabit diputuskan kerajaan Arab Saudi.

Related posts

Leave a Comment