Anwar ketuai pembangkang

PRESIDEN PKR, Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengetuai pembangkang di Dewan Rakyat berikutan beliau dinamakan untuk jawatan itu oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendedahkan  keputusan tersebut menerusi siaran langsung di Facebook rasmi beliau pada Khamis, selain menyatakan nama beliau sudah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.

“Ya, Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail telah pun maklumkan kepada speaker mengenai keputusan Majlis Presiden yang juga sudah dimaklumkan kepada semua parti pembangkang yang berpihak kepada pembangkang serta Warisan.

“Saudara Anwar sudah disebut sebagai Ketua Pembangkang yang baharu sekali lagi” katanya.

Anwar pernah mengetuai pembangkang di Dewan Rakyat pada Ogos 2008 hingga Mac 2015..

Beliau berkata demikian selepas ditanya oleh seorang pengguna Facebook sama ada pembangkang sudah memuktamadkan calon Ketua Pembangkang dan ia sudah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat atau sebaliknya.

Sebelum ini, Anwar menerusi temu bual dalam program Consider This memaklumkan bahawa beliau menduduki posisi Ketua Pembangkang selepas parti komponen PH sebulat suara memilihnya.

“Bagi PH, ia masih sama, sayalah ketua. Namun, kami akan terus bekerjasama dengan pemimpin dari parti pembangkang yang lain,” katanya dalam program terbitan Astro AWANI pada 21 April lalu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di blok pembangkang ketika sesi Parlimen kali ini.

Related posts

Leave a Comment