Saudi catat 1,362 kes baharu

ARAB Saudi mengesahkan 1,362 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 25,459 kes. Jurucakap Kementerian Kesihatan juga memberitahu mengenai tujuh kematian di Makkah dan Jeddah menjadikan 176 kes.. Sebanyak 21,518 kes aktif dengan 139 kes dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun jumlah kes pulih juga meningkat kepada 3,765 apabila 210 lagi kes dilaporkan pulih. Mengenai kes baharu, sebanyak sembilan peratus melibatkan warga tempatan manakala pesakit terdiri daripada 95 peratus dewasa dan 11 peratus kes melibatkan kaum lelaki. Bandar yang merekodkan kes melebihi 100 adalah Madinah dengan 249 kes, Jeddah…

Read More

Satu digit enam hari di Thailand

HARI keenam berturut-turut, THAILAND melaporkan kes satu digit apabila kes baharu Covid-19 hari ini enam dan kematian sifar, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu di seluruh negara setakat ini ialah 2,966 kes dengan 54 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata tiga daripada kes baharu dikesan di pulau peranginan Phuket. Dua kes di fasiliti kuarantin negara membabitkan rakyat Thailand yang pulang dari Jepun dan India dan satu lagi kes di Bangkok, yang merupakan kontak rapat pesakit disahkan dijangkiti virus itu sebelum ini. Setakat ini, 39 dari 77 wilayah tidak melaporkan…

Read More

Rindu suasana iftar di pejabat

PETANG begini teringat iftar di pejabat. Biasanya selepas solat Asar, sebelum sambung tugas, tinjau seketika di kafe Kak Ani, apa juadah hari ini. Sekadar ambil tahu dan bertanya khabar. Tahun ini merupakan tahun kedua tidak bersama rakan-rakan berbuka puasa di pejabat. Setelah berpuluh tahun berbuka dan bertarawih di pejabat, tahun lepas suasana itu tidak lagi dirasai setelah memilih Skim Pemisah Sukarela (VSS) pada November 2018. Saya adalah antara 708 daripada 1,523 pekerja yang memilih VSS. Selepas memilih VSS, bagi merasai suasana berbuka beramai-ramai, maka surau dan masjid menjadi pilihan. Tetapi…

Read More

Kembali kepada tiga angka

SEMALAM baharu umum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, kes positif Covid-19 kembali catat tiga angka dengan 105 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Kini jumlah kumulatif kes dalam negara adalah 6,176 kes dan tiada kematian direkodkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 11 adalah kes import manakala 94 lagi merupakan kes penularan tempatan. “Sebanyak 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Seramai 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 12 kes…

Read More

PKP masih berfungsi

KELONGGARAN yang diberi mulai 4 Mei bukan tindakan tergesa-gesa dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini. Dalam tempoh itu, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih lagi berkuatkuasa dan rakyat perlu patuh setiap arahan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran diberi mengikut peringkat tertentu dan mereka yang melanggar arahan akan tetap diambil tindakan. Kerajaan telah menyediakan syarat penyediaan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat walaupun kepentingan kesihatan dan ekonomi diperlukan, namun, tetap tertakluk…

Read More

500,000 mohon Gerak Malaysia

GERAK Malaysia menerima lebih 500,000 permohonan orang ramai untuk pulang ke bandar dari kampung dan bekerja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan yang bermula dari 7 Mei hingga 10 Mei ini bagi tujuan itu. “Kita akan membenarkan rakyat terperangkap di kampung untuk pulang ke bandar dan sebagainya. PDRM akan membuat kenyataan media mengenai penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara itu. “Bagi penjawat awam tidak perlu tergesa-gesa untuk balik pada hari ini atau esok walaupun pejabat dibuka pada Isnin ini kerana Ketua Setiausaha…

Read More

Covid-19 virus semulajadi

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi kenyataannya bahawa Covid-19 adalah virus semula jadi, bukannya berasal daripada sebuah makmal di China. Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr. Michael Ryan, menegaskan WHO telah berkali-kali mendengar penerangan maklumat daripada saintis yang mengkaji virus berkenaan. “Kami pasti virus itu adalah semula jadi,” katanya menjawab soalan dalam sidang media maya di Geneva. Semalam WHO memaklumkan dijemput untuk mengambil bahagian dalam siasatan China terhadap punca haiwan mencetuskan pandemik itu yang sudah meragut lebih 230,000 nyawa di seluruh dunia. Ryan berkata, adalah penting untuk mengenal pasti ‘perumah’…

Read More

WHO puji usaha gigih Wuhan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memuji usaha gigih tanpa mengenal erti penat” rakyat Wuhan dalam berjuang melawan wabak itu sehingga tiada lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat lalu. Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO Dr Maria van Kerkhove berkata, ia satu berita menggembirakan selepas lebih tiga bulan, bandar raya yang paling teruk diancam wabak, berjaya menyelesaikan kes pesakit Covid-19 yang dirawat. Beliau diminta mengulas perkembangan itu apabila ditanya wartawan agensi berita Xinhua dalam sidang media maya di Geneva pada 1 Mei. “Ia berita gembira yang amat dialu-alukan, tiada lagi kes serius, tiada…

Read More

Comoros, Tajikistan tak ‘kebal’

DUA buah negara, Comoros dan Tajikistan yang sebelum ini disenaraikan ‘bebas’  daripada wabak Covid-19 telah mencatatkan kes pertama di negara berkenaan pada akhir bulan lalu. Tajikistan mencatatkan 15 kes sekaligus manakala satu kes dilaporkan di Comoros. Perdana Menteri Tajikistan, Kohir Rasulzada memberitahu, lima kes dilaporkan di Dushanbe dan 10 kes di Khujand. Sementara itu, Presiden Comoros, Azali Assoumani mengesahkan kes pertama melibatkan seorang lelaki berumur 50an yang mempunyai sejarah perjalanan ke Perancis dan kontak dengan seorang warga Perancis-Comoros. Comoros menjadi negara Afrika kedua terakhir melaporkan kes Covid-19 selepas Leshoto. Sementara…

Read More