Kembali kepada tiga angka

SEMALAM baharu umum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, kes positif Covid-19 kembali catat tiga angka dengan 105 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Kini jumlah kumulatif kes dalam negara adalah 6,176 kes dan tiada kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 11 adalah kes import manakala 94 lagi merupakan kes penularan tempatan.

“Sebanyak 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Seramai 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,747 kes.

Related posts

Leave a Comment